Penantian Berakhir.. Sharnaaz Ahmad Akan Umumkan Sesuatu?

KUALA LUMPUR: ‘Nampak mudah tapi sebenarnya rumit.’

Itu luahan Sharnaaz Ahmad ketika mengulas kemelut rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor hingga ada netizen menudvhnya dayvs, sengaja melengah-lengahkan proses percer4ian dan enggan melepaskan kakak kepada Neelofa itu.

Sharnaaz, 34, mengaku sukar bagi dirinya mengulas perkara itu, apatah lagi keutamaannya adalah kepada anak lelaki mereka, Jebat Jayden.

“Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit.

“Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

“Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.

“Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati,” katanya kepada BH Online di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang di sini, hari ini.

Sharnaaz berkata, sejak krisis melanda dirinya dan Nabila, dia tidak cuba menegakkan benang basah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

selfie ini adalah satu paksaan ya anakku 😂 ❤️❤️❤️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah… Saya yang lalai.

“Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya… Terpulang.

“Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak,” katanya.

Tambah Sharnaaz, kemelut rumah tangga yang dihadapi terus mematangkan dirinya.

“Saya jadi lebih kuat tanpa perlukan sesiapa kecuali Allah. Saya dapat lihat transisi diri daripada anak muda menjadi lelaki dewasa

“Apa terjadi saya harus berterima kasih kepada Nabila,” katanya yang memegang watak antagonis bernama Reza di dalam filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof itu.

Filem usaha sama Astro Shaw dan Skop Production itu turut dibintangi Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Syafiq Kyle.

Sumber : BeritaHarian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Berita harian