Bekas isteri minta duit belanja anak, tapi ini reaksi ‘kekasih’ Chef Fikree

Sebelum ini  kontrovers1i chef selebriti, Chef Fikree Aznan yang berlaku cvrang dan berkhalw4t dengan seorang wanita berstatus isteri orang cukup hangat diperkatakan.

Terbaru BEKAS isteri cef selebriti Chef Fikree iaitu Sharifah Zuriehan Ben Yahya mendedahkan dia diganggu teman wanita bekas suaminya itu gara-gara meminta duit belanja anak lelaki mereka.

Menurut Zuriehan, wanita berkenaan yang berstatus isteri orang telah menghantar mesej berunsur nasihat kepadanya.

“Kadang-kadang tu terfikir juga aku yang dicer4i1kan atau engkau?

“Sudahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang-kanting.

Chef Fikree dan Sharifah Zuriehan bercera1i pada Mei tahun lalu.

“Kereta tak ada, rumah kena keluar, sampai sekarang pun aku yang jaga anak sorang-sorang. Makan minum, sakit demam bagai dan yang aku tak paham kenapa skandal engkau bini orang mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau?” katanya.

Zuriehan berkongsi rasa tidak puas hatinya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Zuriehan dilihat turut menyel4r tindakan bekas suaminya sentiasa mahu dilihat sebagai mangsa keadaan.

Kata Zuriehan, Fikree sering memburuk-burukkan dirinya dengan ‘menjaja’ cerita kepada orang ramai.

“Aku ingat dah over tapi engkau pula pergi call merata buat teruk macam aku ni yang jahat. Yalah, mestilah aku minta duit makan Jayden dekat engkau… takkan nak minta dekat jiran sebelah?

“Aku ni manusia biasa… walaupun aku tiap-tiap hari mantera diri aku kena kuat, tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan.

Sudahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang-kanting.

“Kalau aku yang kena naiya ni boleh berlakon okay dan steady, kenapa kau nak berlakon macam bini kau yang curang?” soalnya.

Sementara itu, Chef Fikree ketika dihubungi mStar memberitahu dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memperbesarkan perkara itu.

“Saya buat kerja saya… itu saja. Kalau boleh saya tak mahu memperbesarkan isu ini,” ujarnya ringkas.

Chef Fikree Aznan sebelum ini terpalit kontrovers1i kononnya dia bermain kayu tiga bersama seorang wanita berstatus isteri orang.

Zuriehan sendiri mendedahkan mengenai perbuatan tidak senon0h bekas suaminya itu yang beberapa kali kanto1i berbalas mesej berbaur lvcah ketika dia sedang hamil anaknya, Jayden.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2006 seterusnya bertunang pada 2014.

Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jayden Malik yang kini berusia tiga tahun.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:duniadanakhirat  via apple hijau