“Tak Mengvndi Macam Mana B0leh Jadi Ask4r” Hairul Azreen Diperly Netizen

Sebuah filem yang berjudul ‘Bakara’ bakal diterbitkan di bawah arahan Adrian Teh yang sebelum ini merupakan pengarah kepada filem Paskal dan Wira.

Antara barisan pelakon yang bakal memainkan watak penting dalam filem ini adalah Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Tak mengundi macam mana boleh jadi askar https://t.co/F09kP2479Z

— Pedoq, what is this behavior? (@pedoqpop) January 18, 2020

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @pedoqpop memuat naik sebuah posting seakan-akan memerli salah seorang pelakon yang sering memegang watak sebagai pasukan tentera.

Tak mengundi macam mana boleh jadi askar?,” tulisnya.

Hal ini kerana pelakon Hairul Azreen pernah menjadi bualan ramai apabila dia dan isterinya, Hanis Zalikha tidak keluar mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas faktor tuntutan kerja.

Posting berkenaan mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya bersetuju dengan pemilik akaun terbabit dan mengkr1tik pelakon tersebut.

Namun begitu, masih terdapat segelintir warganet yang memuji kehebatan ditonjolkan oleh pelakon tersebut dalam beberapa filem sebelum ini.

Alahai, benda dah lama pun masih diungkit. Tapi walau apa pun, sebagai warganegara Malaysia kita kenalah menjalankan kewajipan kita untuk mengundi masa PRU nanti.

Sumber : Twitter

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Rosemerah

 

Be the first to comment on "“Tak Mengvndi Macam Mana B0leh Jadi Ask4r” Hairul Azreen Diperly Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*