“Sikat Rambut Kakak Je Pun,” – Aeril Zafrel Sikat Rambut Anak, Tapi Bikin Kecoh Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel ada berkongsi rakaman video dia bersama anak, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa saat keduanya meluangkan momen istimewa bersama.

Bintang Cari Aku Di Syurga itu dilihat sedang menyisir rambut Hayla dan dikepilkan bersama rakaman tiga ‘mat salleh’ yang kelihatan begitu teruja dengan tindakannya.

Lalu, tidak semana-mana individu tersebut dilihat menjerit dan menangis keterujaan melihat momen indah tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Chill la. Sikat rambut kakak @ayyasoffya je pun …😅😅

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Netizen turut memberikan reaksi lucu di ruang komen.

Ada yang menyatakan Aeril seharusnya mencuci rambut anaknya untuk melihat apa reaksi yang bakal diberikan ketiga mereka!

Bagaimanapun, video tersebut hanyalah disunting daripada aplikasi Tik Tok dan ia hakikatnya merupakan dua video berbeza.

Tiada kena mengena dengan tindakan pelakon tersebut dengan situasi yang dihadapi ketiga mereka.

Akan tetapi, reaksi spontan yang diberikan oleh si bapa dan anak memang nampak real habis!

Foto : Instagram Aeril Zafrel

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MEDIA