Janna Nick minta maaf

e-SSM Portal

KUALA LUMPUR: “Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai,” kata pelakon dan pengacara, Janna Nick.

Akur dengan tegvran warganet, pengacara Melodi itu berkata, ins1den yang berlaku, Ahad lalu itu menjadikan dia lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesil4pan sama pada masa akan datang.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

“Saya terima segala tegvran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi meny1nggung perasaan sesiapa.

“Pada tanggapan saya, perkataan ‘j4nda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung,” katanya.

Janna ketika mengendalikan Melodi, Ahad lalu mencetvskan perasaan kurang senang penonton apabila menggunakan perkataan ‘janda’ ketika Elly mengumumkan bakal berkahwin, tidak lama lagi.

Pelakon yang popular menerusi drama Syurga Nur itu tanpa sengaja bergur4u mengeluarkan kenyataan: “Bila tengok Ezlynn ni, kita teringat Kak Lina Pom Pom (Elly) yang nak menamatkan zaman jandanya”, menyebabkan ramai mempertikai.

Akibat keterl4njurannya itu, Janna dikec4m warganet yang menyifatkan dirinya sebagai tidak sensitif, bermulut jahat dan tidak menghorm4ti Elly yang hadir sebagai tetamu undangan bersama-sama Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah bagi mempromosikan drama bersiri, Kampung People.

Justeru, apabila Elly membantu Janna yang tersvngkur ketika mengendalikan program itu, warganet turut menganggap ia sebagai balasan di atas kelanc4ngan mulutnya.

Janna berkata, dia tidak menyangka cubaan untuk menjadikan program itu lebih pan4s, bersesuaian konsep baharu Melodi sempena 2020 mengheret dirinya dalam kec4man.

“Cubaan untuk episod pertama nampaknya tidak digemari, sekali gus menjadi peringatan buat saya supaya lebih berhati-hati.

“Saya berterima kasih kepada warganet kerana prihatin, malah menganggap tegvran mereka sebagai peringatan supaya saya tidak terus leka. Tanpa tegvran mereka, mungkin saya akan membuat kesilapan yang lebih besar.

“Saya sudah memohon maaf kepada Elly. Malah, setiap kali program berakhir, saya pasti bertemu artis jemputan untuk memohon maaf sekiranya gur4uan saya mungkin tidak disenangi.

“Setakat ini, semua artis faham dan menerima dengan hati terbuka,” katanya yang mengendalikan program itu bersama Awal Ashaari.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online via Tube Viral

 

Be the first to comment on "Janna Nick minta maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*