Ajak tinggalkan Melodi demi anak

PELAWAK Ajak Shiro mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai pengacara Melodi selepas dua tahun bersama program hiburan popular itu dan perkara ini amat memberi kesan kepada rancangan itu

Sebaliknya, Ajak, 35, menerima tawaran menjadi penyampai radio Suria FM yang akan ke udara mulai esok menerusi slot Team Suria Pagi, pada 6 pagi bersama Issey dan Fizi Ali. 

 

“Di Melodi, saya habis kontrak dan tak nak sambung. Saya bersama Melodi selama dua tahun. Melodi tak penat, tapi saya rugi masa bersama anak-anak. Isnin hingga Jumaat anak sekolah dan saya pun bekerja di radio. Kalau saya buat juga Melodi, saya hanya ada sehari saja dengan anak iaitu pada Sabtu. Apa saja yang boleh dibuat? Jadi kualiti masa tidak ada.

“Kalau saya fikirkan duit mesti saya ambil, tapi apabila difikirkan balik saya nak kualiti masa. Kalau ada duit tak ada keluarga tak guna juga. Apa pun keputusan dibuat dalam kerjaya, saya akan letakkan keluarga dulu.

“Dulu saya tinggalkan stesen radio, saya kekalkan bersama Melodi. Jadi, saya ada banyak masa dengan keluarga. Tapi sekarang, kalau tak lepas saya akan sibuk macam dulu lagi,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihannya menjadi penyampai radio Suria FM, Ajak berkata, dia sudah mendapat tawaran itu sejak setahun lalu. 

 

“Sebaik saya umumkan melepaskan jawatan di stesen radio Hot FM dulu, Suria FM terus tawarkan saya untuk bersama mereka. Sebelum sampai rumah lagi saya sudah dapat tawaran. Tapi, saya berasakan ketika itu belum sesuai.

“Apabila mereka tawarkan lagi dan tawaran pula bagus, jadi takkan saya tak ambil. Bagi saya, Suria FM stesen radio yang sedang membangun.

“Stesen radio Suria FM di tangga keempat yang cuba mengejar stesen radio lain. Saya pula tak suka dikejar, tapi suka mengejar. Itu antara sebab saya sertai Suria,” katanya.

 

Sebelum ini, Ajak pernah menjadi penyampai di Hot FM selama tiga tahun sebelum menyertai suria FM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Metro Online via diarivvip via lepatpisang

 

Be the first to comment on "Ajak tinggalkan Melodi demi anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*