Teringin berlakon dengan Asif, Yoe Parey – Nabila Razali

PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali meluahkan hasrat untuk berlakon bersama dua bakat popular di YouTube, Asif Suhaimi dan Yoe Parey.

Menurut Nabila, dia sering menjadikan drama spontan lakonan kedua-dua mereka sebagai hiburan ketika ada masa terluang.

“Saya selalu menonton video drama spontan lakonan mereka di YouTube kalau ada masa terluang.

“Mereka sangat jujur kerana tidak ada sebarang skrip dan hanya berlakon secara spontan. Kalau dapat peluang untuk berlakon bersama mereka, saya nak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Vroom Vroom itu lagi, dia sendiri mengikut perjalanan Asif dan Yoe sejak awal.

“Perjalanan mereka sejak awal lagi bukanlah satu perjalanan yang mudah dan singkat. Mungkin kerana itulah kita dapat menonton lakonan mereka yang dilakonkan terus dari hati,” katanya.

Nabila baru-baru ini berpeluang bertemu Yoe dan Asif di acara Konsert Throwbaek 2019 dan mengakui teruja untuk bergambar bersama mereka.

Nabila ditemui ketika hadir membuat persembahan di majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: METRO