Hari ini merupakan terakhir selebriti terkenal Neelofa mengacarakan rancangan hiburan Meletop bersama gandingannya, Nabil Ahmad.
Sememangnya banyak kejutan yang diperoleh sepanjang satu jam siaran langsung rancangan tersebut bagi memberi momen yang diingati buat Neelofa.
Hari terakhir Neelofa di Meletop
Kehadiran orang tersayang Neelofa di segmen khas Meletop malam ini sememangnya memberikan sesuatu yang menarik kerana banyak cerita berkaitan peribadi Neelofa ini terungkai.
Ex-boyfriend datang ke tuuu
Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran selebriti terkenal Datuk Hans Isaac yang juga ‘teman tapi mesra’ Neelofa pada suatu masa dahulu.
Pelbagai perkara disembangkan di Meletop oleh Hans berkenaan perjalanan seni Neelofa yang sememangnya penuh warna sejak dia bergelar Juara Dewi Remaja lagi.
View this post on InstagramHans Isaac share apa yang dia tau tentang perjalanan Neelofa 😊 #MeleTOP #ThankYouLofa #TanyaLofa
View this post on InstagramHans Isaac share apa yang dia tau tentang perjalanan Neelofa 😊 #MeleTOP #ThankYouLofa #TanyaLofa
Hans titip kata semangat
Hans juga sempat menitipkan pesanan buat Neelofa agar terus maju dimasa akan datang. Kata-kata yang positif daripada Hans itu membuatkan pesonaliti itu sedikit sebak.
View this post on InstagramUcapan Hans Isaac untuk Neelofa 🥰 Awwww. #MeleTOP #ThankYouLofa #TanyaLofa
Neelofa kelihatan sebak
Diakhir rancangan, Neelofa telah mengucapkan selamat tinggal kepada para peminatnya yang berada di studio. Kelihatan pengacara tersebut menitiskan air mata kerana sedih meninggalkan rancangan yang sudah 8 tahun dikelola olehnya.

Terdahulu, Neelofa telah membuat kejutan apabila mengumumkan pengundurannya daripada rancangan Meletop. Perkara itu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak malahan rakan gandingannya juga, Nabil Ahmad.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MELETOP