“Luar biasa…”- Gara2 insan istimewa ini, Syahmi Sazli nangis & anggota Bocey hargai…

Siapa sangka, di malam pentas suku akhir rancangan realiti Maharaja Lawak Mega pada Jumaat lalu telah menampilkan, Yoe Parey. Ini kerana, kumpulan Bocey mengundang pelakon ‘Drama Spontan’ popular ini untuk bersama-sama membuat persembahan.

Tidak dinafikan, persembahan kumpulan Bocey yang dianggotai tiga pelawak terkenal iaitu Achey, Fad dan Abam paling mendapat perhatian ramai pada malam tersebut.

Sememangnya, persembahan mereka bersama membuatkan netizen tak kering gusi setelah melihat lawak mereka apatah lagi lawak spontan dari insan istimewa popular itu.

Menjenguk kelaman Instagram milik Syahmi Sazli selaku orang yang sentiasa membantu Yoe Parey, kelihatan YouTuber terkenal ini meluahkan rasa sedihnya melihat persembahan berkenaan.

Syahmi Sazli nangis melihat Yoe Parey yang sebelum ini hanya berlakon dalam videonya namun malam itu sangat luar biasa baginya.

“Bergenang air mata mi tadi tengok Yoe yang sebelum ni hanya berlakon dalam video mi je, tapi malam ni luar biasa menggamatkan seluruh dewan!! Terima kasih Allah, terima kasih @fadbocey @acheykintangkintung @abambocik Alhamdulillah kita berjaya Yoe Parey…,” tulisnya.

“Bergenang air mata mi tadi tengok Yoe yang sebelum ni hanya berlakon dalam video mi je, tapi malam ni luar biasa menggamatkan seluruh dewan!! Terima kasih Allah, terima kasih @fadbocey @acheykintangkintung @abambocik Alhamdulillah kita berjaya Yoe Parey…,” tulisnya.

79013780_453129245361628_6210917568172317428_nBagaimanapun, penghargaan daripada anggota Bocey turut mendapat perhatian ramai apabila Achey dan Fad memuat naik status mengenai Yoe Parey menerusi laman Instagram milik mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Keajaiban… setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaan.. mereka ibarat keluarga baru… dengan persetujuan kami bertiga.. kemenangan malam itu kami serahkan kepada mereka sebagai penghargaan yang tak terbalas…@anissafaizul @syahmisazli @yoe_parey @asifsuhaimiii02 #bocey #sakit

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Kata Achey, kemenangan pada malam tersebut juga diberikan kepada mereka sebagai penghargaan. Manakala Fad pula dilihat bersyukur dengan kelayakkan ke separuh akhir selain menghargai kerana dapat membuat persembahan bersana insan istimewa popular ini.

Rata-rata diruangan komen pula memberikan respon positif terhadap persembahan mereka bersama yang membuatkan mereka terhibur.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram via HCL