Siti Sarah Dan Shuib Bergaduh Besar Selepas Kena Tipu

Kinii cerita kejayaan pelawak yang terkenal di Malaysia iaitu Shuib di dalam dunia perniagaan acap kali menjadi bualan peminat dan masyarakat. Boleh dikatakan ramai yang kagum melihat Shuib hari ini yang berada dalam kedudukan selesa dengan hasil titik peluh dan usaha kerasnya.

Dengan gaya kehidupan mewah serta hidup dalam keselesaan yang sering ditunjukkan kepada peminat sekadar untuk memberi inspirasi. Ini kerana ada kisah yang peminat tidak tahu disebalik kejayaan mereka itu.

Hal tersebut turut diakui oleh isteri Shuib iaitu Siti Sarah Raisuddin. Siti Sarah berkata, kejayaan yang diperolehi hari ini ianya adalah bukan datang bergolek sendiri, pelbagai ujian mereka telah hadapi termasuk pernah ditipu oleh rakan kongsi mereka.

Siti Sarah juga pernah akui pernah bergaduh besar dengan suaminya Shuib sewaktu sama-sama mereka mula mula membangunkan perniagaan.

Temuramah mereka, sewaktu ditemui di majlis pelancaran produk minuman di Shah Alam malam tadi,Berkata lagi, pergaduhan itu bermula apabila ada rakan kongsi yang menipu mereka dan melarikan wang jutaan ringgit sebelum ini.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Sarah berkata, ketika kejadian suaminya bersikap aneh dan susah untuk mendengar cakap mahupun menerima pendapatnya.

” Entahlah, saya sendiri pun tidak faham. Dia seperti sudah ‘diguna-gunakan’. Sewaktu dia memperkenalkan rakan kongsi itu saya sudah rasa tidak sedap hati.”

” Saya sudah beberapa kali saya memberitahu Shuib yang saya tidak yakin dengan rakan kongsinya itu yang mahu berniaga dengan kami. Namun, Shuib tetap berkeras dan berkata, dia kenal individu itu serta yakin dengan keputusan dibuat,” jelasnya.

Seperti yang dijangka kan, akhirnya perancangan perniagaan itu telah gagal apabila lelaki terbabit sudah melarikan wang dan sehingga kini gagal dikesannya.”

” Shuib dan saya tidak buat laporan polis kerana apa yang berlaku adalah salah kami sendiri. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya banyak memberikan pengajaran kepada saya dan Shuib,” katanya lagi.

Menurut Sarah lagi, sejak dari kejadian tersebut Shuib sudah banyak berubah sebagai suami dan rakan niaga. Malah, apabila mahu memulakan perniagaan Shuib akan lebih teliti mengkaji termasuklah dengan siapa kami akan bekerja nanti.

” Saya pula jenis yang hanya akan cakap sekali sahaja dan tidak suka ulang perkara yang sama. Saya pula bukan laa jenis akan serang orang walaupun rasa kurang senang,” tambahnya lagi.

Tegas Sarah lagi, individu yang menganiaya mereka itu tidak akan hidup dengan tenang sekali.

” Saya doakan yang baik-baik saja untuk dia walaupun dia sudah menipu kami. Tidak mengapalah, biasanya doa orang teraniaya sering dikabulkan Allah ni. Mungkin dia didatangkan kepada kami dijadikan sebagai ujian.”

” Jika dilihat waktu sekarang, Alhamdullilah… Apa yang kami usahakan telah menampakkan hasil walaupun pada awalnya diuji oleh kerana ditipu individu terbabit,” katanya lagi.

Semoga Shuib dan Sarah akan lebih maju dengan apa jua bidang yang diceburi..

Sumber: malaysiaunited

PERHATIAN: Pihak admin lubokviral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang telah ditinggalkan oleh pembaca kami. Pastikan anda berfikir panjang dan waras terlebih dahulu sebelum menulis/ meninggalkan komen komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.