Anak Samy Vellu Saman Samy Vellu, Ayah Dia Sendiri. Ini Sebab Sebabnya

Anak kepada Bekas Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu iaitu S Vell Paari telah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan saman terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Menerusi laporan Malaysia Kini, S Vell Paari memberitahu bahawa saman tersebut bertujuan untuk menentukan sama ada bapanya mempunyai masalah mental dan tidak mampu menguruskan hal ehwal sendiri.

Menurut Vell Paari, keputusan permohonan saman terhadap bapanya itu disebabkan oleh dua faktor iaitu saman Meeriam Rosaline Edward Paul terhadap bapanya dan masalah Alzheimer yang dihidapi pada tahun 2017. Tambahnya, keputusan untuk saman tersebut adalah sesuatu perkara yang sukar buat dirinya dan anggota keluarga mereka.

Saya dan bapa saya tiada masalah dan perbezaan dalam hubungan kami. Malah, menjelang 2017 lalu, bapa saya memberikan kebenaran pada saya untuk menguruskan kewangan dan hal ehwal peribadinya demi kebaikan beliau dan keluarga.

Urus hal ehwal dan harta

Di samping itu, Vell Paari turut memberitahu bahawa bapanya juga tidak mampu mengenali rakan-rakannya apatah lagi berucap di hadapan khalayak ramai.

Menerusi The Edge Market, Vell Paari memberitahu bahawa beliau telah mengurus urusan hal ehwal dan harta bapanya sejak akhir tahun 2017. Beliau juga memberitahu bahawa Vijaya Kumar dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan peguam dalam urusan bapanya dan hal tersebut diketahui ibu, kakak dan dirinya sendiri.

Sumber: Malaysia Kini & The Edge Market

Kredit: OH BULAN