Adakah Ini Kereta Terbang Malaysia. Rakaman Video Menunjukkan Mirip Kereta Terbang Berada Di Udara

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai kereta terbang sibuk diperkatakan oleh mana-mana media tempatan mahupun masyarakat Malaysia. Mana tidaknya, ianya lanjutan pengumuman dari Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang memaklumkan bahawa sesi pandu uji kereta terbang pertama Malaysia akan diadakan pada hari ini.

Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat dilaksanakan pada hari ini ekoran tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Perkara ini adalah kerana model tersebut hanya mempunyai Permit Penerbangan Khas (SPF) oleh Civil Aviation Administraction of China yang hanya terhad menjalankan penerbangan penyelidikan di Guangzhou sahaja.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook We Are Malaysia, sebuah kenderaan yang dipercayai mirip dengan model kereta terbang Malaysia dirakam melakukan penerbangan. Walaupun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar penerbangan itu dilakukan, namun ianya sudah dapat memberi gambaran sebenar keadaan kereta terbang yang diuarkan akan dilancarkan di Malaysia.

Berdasarkan rakaman yang berdurasi lebih tiga minit itu, kenderaan itu dilihat berada di ruang udara bagi beberapa ketika sebelum kembali mendarat di landasan. Ia juga dilihat bergerak ke sudut yang lain walaupun dalam kadar yang perlahan.

Sumber: We Are Malaysian

Kredit: Siakap Keli