‘Solat Dhuha Tak Pernah Tinggal, 12 Rakaat’ – PU Riz ‘Dedah’ Tentang Hafidz Roshdi

Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Bin Mohd Ismail merupakan salah seorang penceramah bebas yang dikenali anak muda. Pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini, isu tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat PU Riz untuk terus mengembangkan sayap dalam dunia lakonan.

Dia juga pernah bergandingan dengan Hafidz Roshdi dalam sebuah drama Kelip-Kelip Kota London. Kagum dengan peribadi Hafidz Roshdi yang disifatkan sebagai seorang muslim sejati, PU Riz berkongsi pengalaman sepanjang ‘tinggal’ bersama pelakon itu selama beberapa hari.

PU Riz menerusi akaun Instagramnya berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran drama Kelip-Kelip Kota London itu bersama Hafidz Roshdi. Sepastinya, sebagai pendakwah yang turut serta dalam penggambaran sering ditanya soalan berkaitan agama.

Masih segar di ingatan PU Riz apabila Hafidz menyarankan semua ahli produksi membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat. Kisahnya bermula apabila ahli produksi membincangkan mengenai surah yang sesuai di baca pada hari Jumaat sama ada surah Yassin atau Al-Kahfi.

Bukan hanya itu sahaja, PU Riz turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang artis minat dan ingin mendalami ilmu agama. Malah, dia turut berkongsi pengalaman ketika menginap sebilik dengan pelakon lelaki itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila dia terlihat Hafidz melakukan solat dhuha 12 rakaat tidak pernah ditinggalkannya, apatah lagi solat fardhu yang wajib. Malah, alarm pada telefon akan mengejutkan dirinya untuk bangun bersolat pada setiap pagi.

Hafidz Roshdi digambarkan sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu dan selalu mengajar PU Riz dalam aspek lakonan. Mereka berdua turut berusaha untuk menyampaikan pengajaran dan ajaran agama dalam setiap lakonan yang disampaikan.

Dikesempatan itu, PU Riz turut mengucapkan happy birthday buat Hafidz Roshdi dan mendoakan agar pelakon lelaki itu sentiasan dimurahkan rezeki. Tanggal 14 November merupakan hari ulang tahun kelahiran Hafidz Roshdi yang ke-25 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: PU Riz / ohbulan