Suka Sangat McD, Tunku Azizah Tukar Nama Puteri Bongsunya Kepada McJihan

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter rasmi miliknya meminta orang ramai berhenti mengecam sebuah restoran makanan segera baru-baru ini ekoran kesilapan pesanan makanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi positif netizen malah ramai yang terhibur dengan status Raja Permaisuri Agong itu.

Malah, Raja Permaisuri Agong turut mendedahkan puteri bongsunya itu sangat sukakan McD dan hampir setiap hari akan membelinya.

Sementara itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger Mc Jihan!

Terdahulu, foto yang dimuat naik oleh Tengku Jihan di Twitternya menunjukkan makanan yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera tular.

Dalam nada bergurau, Tengku Jihan menulis “Bila order cheeseburger lepas tu betul-betul dapat cheese dan roti saja.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Vitdaily Via Rotikaya

Be the first to comment on "Suka Sangat McD, Tunku Azizah Tukar Nama Puteri Bongsunya Kepada McJihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*