Siaran Langsung Berita ‘Diganggu’ Aksi Tarian Budak Lelaki Yang Lucu, Membuatkan Netizen Terhibur

Umum mengetahui kerjaya sebagai seorang wartawan perlu sentiasa bersedia untuk apa sahaja perkara yang berlaku ketika sedang bersiaran langsung di hadapan kamera. Jadi, seseorang itu perlulah mahir dan pandai mengawal keadaan agar mesej ataupun berita yang ingin dikongsikan itu sampai kepada penonton.

Baru-baru ini, seorang wartawan, Nadia Mohsin berhadapan dengan satu situasi lucu, di mana dia yang sedang bersiaran langsung di hadapan kamera untuk Buletin Utama TV3 ‘diganggu’ dengan aksi tarian seorang kanak-kanak lelaki di belakangnya.

Rakaman video itu sebenarnya dikongsikan oleh adik Nadia sendiri di laman Twitter menggunakan nama akaun @bellamohsin. Tweet berkenaan mendapat perhatian netizen sehingga tul4r dan telah retweet sebanyak 26,000 kali!

Nadia pada ketika itu dilihat sedang fokus dengan laporan berkaitan dengan pencemaran udara yang berlaku di Riau, Indonesia. Dia dan juruvideo ternyata tidak sedar akan gelagat budak itu ketika rakaman sedang berlangsung.

Menurut adiknya, Nadia berkongsi kejadian lucu itu di aplikasi Whatsapp keluarganya. Pada mulanya, Nadia menjelaskan bahawa budak lelaki itu hanya melaluinya sahaja namun ketika pengambaran kali kedua, budak tersebut berpatah balik dan bersedia untuk menghiasi kaca televisyen!

Hal ini kerana, rumah budak lelaki terbabit mendapat liputan dan siaran TV3 menggunakan kabel. Maka, tidak hairanlah, dia boleh tahu dan segera bersedia kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

Ekoran tularnya rakaman yang lucu itu, rata-rata pengguna Twitter lain turut terhibur dengan aksi tarian kanak-kanak lelaki berkenaan dan meningg4lkan komen, antaranya :

Semoga budak lelaki itu gembira dengan apa yang sedang dilakukannya kerana rata-rata rakyat Malaysia benar-benar terhibur dengan tindakan dan keberaniannya. Langsung tidak kekok dan malu apabila berada di hadapan kamera, Seronok benar nampaknya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Erabaru via NewsKini