“Mimpi Jadi Realiti…” – Alif Satar Bakal Jayakan Konsert Amal Bersama Kumpulan Raihan

Penyanyi pop popular Alif Satar teruja apabila bakal menjayakan konsert amal Countless Blessing bersama kumpulan nasyid legenda Raihan.

Kata Alif dia sama sekali tidak menyangka bakal berkongsi pentas bersama kumpulan nasyid yang disanjungnya sejak kecil.

“Ketika berusia enam tahun, kaset Puji-Pujian kumpulan nasyid Raihan yang dibawa kedua-dua ibu bapa saya ketika menyambung belajar di United Kingdom.

“Raihan sebenarnya sangat dekat dengan jiwa saya sejak dari kecil dan peluang untuk berkongsi pentas ini umpama impian menjadi nyata.

“Semoga urusan untuk mengadakan konsert amal bersama-sama Raihan nanti dipermudahkan,” kata Alif pada sidang media konsert Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#countlessblessingsconcert @alifsatar @aburaihan70 @cheam_raihan @duansaufee @@harumanraihanofficial @rentaksejuta Konsert Amal ‘Countless Blessings’ 2hb Nov 2019 Stadium Juara Bukit Kiara

A post shared by Raihan Nasheed (@raihaninternational) on

Sementara itu kata anggota Raihan, pihak mereka menyambut baik usaha menyebarkan kebaikan dan dakwah menerusi konsert amal bersama Alif.

“Kami bersyukur kerana Allah membuka ruang untuk beramal kebajikan dalam dunia hiburan menerusi acara sebegini.

“Pastinya akan ada sesuatu yang berbeza dalam konsert yang bakal berlangsung nanti,” kata Raihan.

Konsert live itu akan menampilkan susunan muzik berbeza dan turut melibatkan band Alif, The Locos.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 2 November 2019 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Konsert amal itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan berkaitan Islam antaranya Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia.

Tiket konsert dijual dengan harga RM115, RM305, RM405 dan RM690.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan persembahan Alif dan Raihan, layari www.myticket.asia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak