“Niat Ikhlas, Kami Tak Kemaruk Sangat Dengan Percintaan” – Adam Lee Komen Hubungan Dengan Sweet Qismina

Tidak lagi membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Adam Lee akhirnya mengakui hubungannya sebagai pasangan kekasih bersama aktres Sweet Qismina.

Menurut Adam, dia tidak mahu terlalu membincangkan mengenai hal peribadi mereka.

“Rasanya seperti sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga, jadi rasanya tidak perlu sorok.

“Niat saya ikhlas, kami tidak lah kemaruk sangat dengan alam percintaan. Kami berdua ada banyak benda lagi yang ingin diberikan fokus.

“Jadi saya rasa lebih baik beritahu umum dan kalau mereka anggap kami bercinta, kami bercinta. Kalau mereka anggap kawan baik, kami kawan baik dan begitulah sebaliknya, tapi kita tahu niat masing-masing macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan ini kerap berkongsi foto bersama di akaun Instagram masing-masing selepas berganding sebagai teraju utama dalam sebuah drama bersiri.

Sumber: Gempak