Jaga Hati Isteri, Nadzmi Adhwa Tekad Elak Bersentuhan Dengan Wanita Lain

Perkahwinan antara dua pelakon iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pernah menjadi buah mulut orang ramai, mana tidaknya daripada sahabat baik kini kedua-duanya bergelar pasangan suami isteri.

Sebelum ini, pasangan tersebut mereka tidak pernah bersentuhan sepanjang berkawan, justeru selepas berkahwin Nadzmi telah mengambil keputusan untuk menjaga ikhtilat ketika berlakon.

Nadzmi berkata, selepas ini dia akan menolak babak yang memerlukannya untuk bersentuhan dengan pelakon lain, keputusan ini dibuat bagi menjaga hati isterinya.

Menurut pelakon kacak itu, jika isterinya mampu menjaga batas ketika berlakon, maka dia juga akan melakukan perkara yang sama.

Menegaskan keputusan itu dibuat bukanlah kerana diminta oleh Ardell, tetapi ia merupakan keputusan sendiri. Bagi Nazdmi, dia tidak mahu timbuk perasaan curiga dalam rumah tangga mereka disebabkan isu tersebut.

“Ardell tak minta apa-apa, tapi sebagai suami saya tidak mahu isteri saya mencurigai sesuatu apabila wujud babak-babak seperti itu…”

Nadzmi berpendapata, sebenarnya banyak lagi teknik lakonan dan cara penghayatan watak untuk membuatkan babak dalam sesebuah karya itu menjadi, tanpa perlu ada adegan sentuh.

“Banyak kaedah lain untuk menunjukkan penghayatan dalam lakonan. Ekspresi muka sahaja boleh menyampaikan sesuatu maksud, jadi tidak perlulah bersentuhan…”

Semoga niat murni Nadzmi dapat diteruskan, kerana dalam Islam juga melarang wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan jika tiada ikatan yang sah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MHETV via OMM