Comelnya Marissa Sofea, Baby Merdeka Pasangan Mell Sakura & Wan 6ixth Sense

Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell atau nama sebenarnya Melly Matius dan suami, gitaris kumpulan 6ixth Sense, Wan atau nama sebenarnya, Mohammad Safwan Hasnan menerima kehadiran anak sulung pada 31 Ogos lalu.

Menerusi kemas kini Instagram Mell dan Wan, pasangan terbabit berkongsi berita gembira itu dengan peminat mereka.

Mell dan Wan juga berkongsi wajah dan memperkenalkan nama anak mereka, Marissa Sofea.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

May peace & blessings of almighty God be with you this year & always Salam Maal Hijrah #maalhijrah #marissasofea #wanxmell Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan

Siaran dikongsi oleh Mohammad Safwan (@wan6ixthsense) pada

Terbaru, Mell dan Wan turut berkongsi wajah Marissa.

Netizen menghujangi ruangan komen di Instagram Mell dan Wan dengan ucapan tahniah dan mereka turut memuji kecomelan wajah Marissa!

Mell dan Wan selamat berkahwin pada 24 November 2017 dan majlis diadakan di kampung kelahiran Mell di Kota Kinabalu, Sabah.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum semua 🥰 #wanxmelljr #marissasofea

Siaran dikongsi oleh Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak