Bayangkan TokTi Tiba-Tiba Tercegat Depan Pintu Rumah Kita, Happy Tak?

Setia dengan jenama produk kecantikan daripada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang peminat berasa teruja apabila Tokti datang secara mengejut di rumahnya!

Sofina, antara salah seorang pengguna bertuah yang menggunakan produk Tok Ti itu.

Momen indah tersebut pastinya tidak dapat dilupakan Sofina apabila kedatangan TokTi bersama krew produk itu secara mengejut di rumahnya, Kepong.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kunjungan @ctdk ke rumah pengguna bertuah SimplySiti iaitu Puan Sofina di Aman Puri, Kepong. @officialsimplysiti #feeldermagicagain

Siaran dikongsi oleh Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) pada

Video yang dikongsikan pembantu TokTi, Rozi Abdul Razak itu memeparkan gaya Tokti yang humble dan sempoi melayan peminatnya itu.

Selain itu, TokTi juga turut dihidangkan dengan makanan yang lazat dan beramah mesra dengan peminatnya itu sambil bersila dan beralaskan tikar.

Nyata, sifat keperibadian TokTi ini sangat disenangi ramai dengan sikapnya yang lemah lembut, sopan santun dan rendah diri.

Video/Foto : Instagram Rozi Abdul Razak

Sumber : Media Hiburan