“Dah Kenal Tiga Tahun, Dia Sangat Sweet!” – Melissa Jelaskan Hubungan Dengan Jaa Suzuran, Tak Tolak Cinta Lelaki Melayu

Pengacara dan penyampai radio Melissa Th’ng menjelaskan hubungannya dan pengacara Jaa Suzuran sekadar kawan rapat.

Malah, kata Melissa keakrabannya dengan Jaa hanya memenuhi tuntutan kerja sempena penggambaran video untuk kandungan YouTube mereka.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Did you call my name? 😇😄 You can find me here! 😋 Relaxing in this beautiful facial cabin, in the largest Lancome Boutique in South East Asia, in Midvalley! 😍 You have to come visit, when you step in, it’s such Parisian vibes! 😍❤️ #LancomeMY #NewLancomeMVboutique PC @allisamazing @sunlee_khan.jpg

Siaran dikongsi oleh Melissa Th’ng (@melissathng) pada

“Saya dan Jaa berkawan baik sejak tiga tahun lalu, ketika kami masih bersama-sama bekerja di Astro. Kami banyak membuat penggambaran video bersama.

“Dia seorang yang ‘sweet’ dan personaliti dia berbeza sebenarnya apabila benar-benar rapat. Kalau orang nampak dia lawak dan kelakar selalunya, percayalah, dia sangat penyayang dan mengambil berat,” katanya kepada Gempak.

Melissa yang ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Lancome di Mid Valley, Kuala Lumpur semalam memberitahu tiada perancangan lanjut ke arah fasa lebih serius antara mereka berdua.

“Setakat ini dia lelaki paling rapat dengan saya sebab dalam industri ini saya susah mencari kawan. 

“Kadang-kadang tak tahu niat orang terhadap kita. Sehingga kini, dia sangat jujur,” tambahnya.

Bagaimanapun, secara amnya Melissa tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan lelaki Melayu suatu masa nanti.

“Saya sangat berfikiran terbuka dan saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau orang baik dengan saya, saya pun tiada masalah.

“Kalau ditanya tentang jodoh dengan lelaki Melayu, jawapan saya ya! Malah sebelum ini pun saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu ketika di sedang belajar,” ujar Melissa lagi.

Ditanya tentang panggilan manja ‘baby’ dan ‘boo’, bekas peserta Asia’s Next Top Model musim pertama itu enggan mengulas lanjut.

Kata Melissa, panggilan itu hanya dalam situasi dan mood tertentu sahaja.

Kisah Melissa dan Jaa mula menjadi buah mulut ramai apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak akhir Julai lalu.

Sebelum ini, Jaa mengakui dirinya masih solo dan menyerahkan soal jodoh ke tangan orang tuanya.

Jelas Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 25, dia percaya dengan pilihan ibunya yang pasti mahukan terbaik buat dirinya.

“Kalau boleh sebelum usia 30 tahun saya target nak kahwin. Cuma masih belum ada calon lagi buat masa sekarang.

“Saya ada pesan pada ibu saya, seandainya dia sudah punyai calon buat saya, maklumkan saja. Dia tahu apa saya mahu.

“Senegeri atau tidak itu tak menjadi keutamaan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Mind Order di Forest Valley Hall Cheras baru-baru ini.

Tidak meletakkan kriteria tertentu untuk wanita idaman, kata bekas penyampai radio ERA itu, dia mendambakan seorang wanita yang ‘giler-giler’ sepertinya.

“Daripada segi fizikal, kalau ada sama kecil comel seperti saya pun tiada masalah. Kalau tinggi daripada saya pun okey saja.

“Seandainya dia boleh menerima saya seadanya, saya pun terima dia seadanya. Lagi baik kalau dia boleh terima perangai ‘gila-gila’ saya,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Jaa kini sibuk memperbanyakkan kandungan saluran YouTube miliknya selain mempromosikan jenama pakaian dan minuman pemanis mulut dari Thailand, Cha Bang-An.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak via catatn terakhir