“Dua Beranak Ni Macam Adik-Beradik” – Elyana Dan Cinta Sumayyah Sama Sempoi!

Penyanyi Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik foto terkini bersama anaknya, Cinta Sumayyah.

Cinta Sumayyah yang bakal menyambut hari ulangtahun kelahiran ke-8 pada 27 Ogos ini, kelihatan saling tak tumpah seperti ibunya.

Fesyen dan gaya sempoi mereka juga sama, sehingga menarik perhatian warga net dan berpendapat, dua beranak ini kelihatan seperti adik beradik.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A daughter is just a little girl who grows up to be your best friend ❤️

Siaran dikongsi oleh Elyana (@elyanaofficial) pada

Menerusi satu lagi foto yang dimuat naik juga, Elyana turut membuat senarai beberapa perkara disukai dan tidak disukai Cinta.

Menurut Elyana, anaknya itu paling tidak suka mengambil gambar, memiliki sifat garang tetapi mudah kasihan kepada orang lain dan malas membuat kerja rumah (gurauan Elyana).

Cinta juga pandai melukis komik, tidak suka makan ayam, gemar membuat lawak dan minat lagu-lagu rock kerana salah satu cita-citanya mahu menjadi rockstar.

Foto bersama Cinta itu dirakam Elyana ketika membuat persembahan di Plaza Angsana Johor Bahru, pada bulan Julai lalu.

 

Selain itu, para pengikut IG turut mendoakan Elyana terus diberikan kesihatan dan terus kental mel4wan k4nser dihidapinya.

Elyana ketika ini, masih menjalani proses rawatan k4nser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak lapan tahun lalu

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Gempak