[VIDEO] Sekitar Majlis Resepsi Nina Iskandar Yang Kini Isteri Penolong Pengarah, Tahniah!

Pelakon Nina Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu.

Menurut laporan mStar Online, pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang sederhana.

“Nina dan suami berkahwin pada April lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kedua-dua pihak keluarga.

“Jadual penggambaran yang padat sehinggakan majlis resepsi itu diadakan pada bulan ini,” kata pihak pengurusan MIG Metrowealth.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nina turut memuat naik sekeping foto sejurus usai majlis resepsinya.

Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras semalam.

 

Majlis itu turut dihadiri oleh rakan artis antaranya Amyra Rosli, Ayda Jebat, Puteri Aishah, Sissy Imann dan Shakilla Khoriri.

Sumber: story ig nina iskandar via Gempak 

Be the first to comment on "[VIDEO] Sekitar Majlis Resepsi Nina Iskandar Yang Kini Isteri Penolong Pengarah, Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*