“Alhamdulillah Dah Discharge, Terima Kasih Atas Doanya” – Wawa Zainal

Pelakon Wawa Zainal melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang daripada sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah selepas beberapa jam mendapatkan rawatan.

Menerusi entri di Instagram Stories miliknya, Wawa mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Alhamdulillah dah discharge. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.Memetik laporan Harian Metro semalam, suami Wawa, pelakon Aeril Zafrel menjelaskan bahawa Wawa dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah.“Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut. Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.

“Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.

Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.

“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.

“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.

Aeril dan Wawa berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja sejak kelmarin.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
 
Sumber: Harian Metro via Gempak 

Be the first to comment on "“Alhamdulillah Dah Discharge, Terima Kasih Atas Doanya” – Wawa Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*