[VIDEO] Sherry Alhadad Berjoget Goyang 2 Jari… Sampai Patah Kerusi!

Pelakon dan pengacara berbakat, Sherry Alhadad sememangnya terkenal dengan keletahnya yang menghiburkan.

Jika sebelum ini, Sherry pernah ‘buat hal’ bersama aktres cantik Nur Fazura dan pernah ‘bersahur’ dengan aktor Remy Ishak, kali ini lain pula jadinya.

Terbaru, Sherry berkongsi video ketika sedang menjalani penggambaran sitkom 3 Dara Pingitan yang dijalankan di sebuah studio beberapa bulan lalu.

Sedang asyik menari lagu dangdut popular Indonesia, Goyang Dua Jari, Sherry ‘naik sheikh’ sehingga menari di atas kerusi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sifat penyayang @sharifah_sakinah yang ramai tak tau. Dia marah orang gelakkan makcik dia tau!! Jangan risau kerusi tu ada insurance 🙄

Siaran dikongsi oleh sherry_alhadad (@sherry_alhadad) pada

Akhirnya, kerusi itu patah dan semua yang berada di set penggambaran ketawa kecuali pelakon Sharifah Sakinah.

“Sifat penyayang @sharifah_sakinah yang ramai tak tau. Dia marah orang gelakkan makcik dia tau! Jangan risau kerusi tu ada insurans,” tulis Sherry.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur menonton gelagat Sherry dan ada juga peminat yang risaukan keadaan kaki Sherry.

Peminat juga memohon agar Sherry lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu aksi.

Sitkom 3 Dara Pingitan yang dibintangi oleh Sherry bersama Sharifah Sakinah dan Scha Alyahya bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak