“anak-anak saya memang meminati dunia lakonan & bakal ikut jejak saya,” -Eizlan Yusof

PELAKON berpengalaman Datuk Eizlan Yusof menjelaskan dia mahupun bekas isteri, Vie Santie Harun tidak berasa sedih melihat anak lelaki tunggal mereka, Zareef Yusof, sembilan tahun muntah kerana terpaksa makan ikan dan menjerit geli apabila badan dilumur lumpur sewaktu menjalani penggambaran drama Mak Cun musim kelima

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1st time main #UNO nasib baik tak kena buli 🤣 @viezaarakhan #ZareefYusof #VieZaalia #QualityTimeWithBabies #ProudDaddy #MyPrecious #SyukurToALLAH @noloi__

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Eizlan berkata, dia mengizinkan Zareef terus berlakon walaupun anaknya itu melalui situasi kurang menyenangkan ketika menjayakan beberapa babak dalam drama diterbitkan Erma Fatima.

Ketika dihubungi, Eizlan menjelaskan, walaupun Zareef harus melakukan perkara yang tidak digemari sepanjang terbabit dengan penggambaran drama Mak Cun musim terbaru itu, anak lelakinya tidak pernah bersungut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#SelamatHariRayaAidilfitri #MaafZahirBatin @viezaarakhan #ZareefYusof #VieZaalia

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

“Satu perkara yang saya tanya kepadanya setiap kali pulang daripada set penggambaran, adakah dia rasa berlakon menyusahkan atau menyeronokkan. Zareef jawab dia sangat seronok.

“Mendengar jawapan itu sahaja sudah cukup untuk saya. Dia tidak pernah mengadu domba mengenai kepayahan yang terpaksa dilalui,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buka Puasa with babies @viezaarakhan #ZareefYusof #VieZaalia & Movie #DetectivePikachu #FeelingBlessed #SyukurToALLAH #ProudDaddy

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Sebelum ini Erma mahupun Eizlan sendiri ada berkongsi rakaman video yang menunjukkan Zareef muntah sebaik sahaja babak dia disuap makan ikan oleh Mak Cun tamat. Begitu juga rasa geli yang ditunjukkan Zareef apabila dilumur selut.

Kata Eizlan, membintangi drama bersiri Mak Cun adalah kehendak Zareef sendiri dan bukan kerana disuruh dia atau Vie Santie.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Quality time with my babies #viezaara #zareefyusof #viezaalia thanks for joining us Uncle @harryjalil #SyukurToALLAH #ProudDaddy #PreciousMoments

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

“Bagaimanapun, sebagai bapa yang juga pelakon selalu berkongsi pengalaman dengan Zareef, saya turut menunjukkan yang saya juga pernah bermandi selut bagi menjayakan sesuatu babak dalam drama mahupun filem. Selepas dijelaskan Zareef akan faham,” katanya.

Kata Eizlan lagi, anak-anaknya memang meminati dunia lakonan walaupun dia tidak pernah menggalakkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congrats anak-anak daddy #viezaara #zareefyusof #ProudDaddy #FeelingBlessed #SyukurToALLAH #BondingTime #GoldMedalists #SchoolEvent

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

“Anak sulung saya, Vie Zaara yang kini usia 11 tahun juga meminati dunia lakonan. Malah, Zaara dan Zareef juga sebelum ini sudah menjayakan iklan,” katanya.

Cuma, anak kecilnya Vie Zaalia, 6, tidak dibenarkan terbabit dengan dunia lakonan kerana masih kecil.

Menurut Eizlan lagi, anaknya hanya dibenarkan berlakon apabila musim cuti sekolah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cross Country Run #SchoolEvent congrats Abg Ayeep #zareefyusof & Kakak Lala #viezaara #BondingTime #ProudDaddy #FeelingBlessed #SyukurToALLAH

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih @iman_imran75 @hmetromy @zareefyusofofficial @ermafatima @izuan_mokhtar #MakCun5

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Harian Metro