Pasangan selebriti dunia, David Beckham dan isterinya, Victoria Beckham telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 tahun, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan David menerusi Instagramnya.
“WOW 20 years , look what we created ♥️ Love you so much,” tulis David disertakan gambar ketika muda remaja bersama Victoria.
Menjengah di Instagram Victoria pula, dia turut memuat naik gambar-gambar detik manis sepanjang dua dekad mereka berkongsi hidup.
Banyak yang telah mereka lalui bersama malah David pernah terlibat dengan satu sk@ndal yang besar pada tahun 2007.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka dapat diselamatkan.
Pasangan ini berkahwin pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:MH via Catatanterakhir
Foto : Instagram David Beckham, Victoria