Tanpa Segan Silu, Ada Yang Kasi Naim Daniel Video, Minta Bayarkan Loan Kereta!

Semenjak namanya makin dikenali, penyanyi, Naim Daniel mengakui kadang kala terpaksa melayan pelbagai ragam daripada peminatnya.

Menurut Naim, dia pernah menerima video live daripada seorang peminat wanita namun memutuskan untuk tidak membuka video tersebut.

“Kadang-kadang saya ada juga terima video-video nak4l.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sila berikan pendapat anda tentang gambar ini.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Yang hantar video live dekat saya pun ada tapi saya tidaklah periksa atau buka sebab tidak mahu terjeb4k,” katanya kepada MH.

Naim yang ditemui di rumah terbuka World Peace Entertainment baru-baru ini turut menambah, ada juga peminat yang meminta bantuannya untuk melunaskan hutang kereta.

“Saya seronok dengan respon peminat ketika ini tetapi ada juga permintaan yang pelik. Misalnya minta saya untuk tolong bayar loan kereta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya ke 2 kami di sini,cepat laa sihat ye mmy😔☹️

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

“Saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab kita bukan tak percaya, tetapi sekarang ini macam-macam benda boleh berlaku di media sosial.

“Media sosial sekarang ibaratnya sudah jadi tempat pelik-pelik sekarang tapi saya tetap sambut baik semua peminat saya.

“Semua yang datang tu adalah rezeki untuk kita. Orang yang mendoakan kita jangan pula kita hampakan,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Naim ada memberi bayangan bakal berkolaborasi bersama penyanyi, Ismail Izzani selepas berjaya menerusi single Sumpah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH