[FOTO] Sekitar Majlis Bertandang Siti Awe, Ahli Farmasi Yang Terkenal Di Youtube… Cantik!

Seringkali muncul dalam mengulas tentang isu semasa di dunia perubatan dan farmasi, Siti Awe lebih dikenali kerana kuat berceloteh dalam loghat utara yang menarik tumpuan warga net. Bergelar seorang farmasi, Siti Awe lebih kerap memberi pelabagai pendapat tentang ilmu yang dipelajarinya kepada umum. 

Celotehnya yang bersahaja dalam setiap video di saluran YouTube ML Studio membuatkan dirinya dikenali terutamanya ketika isu doula dan vaksin hangat diperkatakan baru-baru ini.

Terbaru, melalui lama akaun instagramnya, Siti Awe telah berkongsi gambarnya ketika majlis bertandang di pihak lelaki setelah dua bulan mendirikan rumahtangga. Mengenakan busana berona emas, Siti Awe kelihatan begitu cantik dan anggun didalam persalinan songket tradisional itu. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, selesai majlis bertandang🌸 . (My traditional attire is from @istanaputeh, make up by @intanatikas of @weddingsbyelamour) . 📸 @meovara

A post shared by Siti Hawa Mohd Nor✨ (@sitiawe) on

Berikut merupakan gambar yang dikongsikan di dalam ‘instastory’ miliknya;

Dikesempatan itu, para peminat dan rakan-rakan turut memberi komen pada gambar yang dikongsi oleh Siti Awe sendiri mengatakan bahawa dirinya kelihatan sangat berseri dan cantik.

So so so pretty,…

Cantiknya idola…

Terkesima kiter tengok awak…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @sitiawe