Kini Bergelar Duda H0t, Ini 8 Fakta Gempak Bekas Suami Datuk A.Aida, Pelakon Ariff Aziz!

Pelakon tampan, Ariff Aziz tiba-tiba menjadi perbualan hangat apabila mahligai cinta yang dibina bersama seorang penerbit, Datuk A.Aida.

Pasangan ini akhirnya berpisah selepas melayari bahtera perkahwinan bersama kira-kira 10 bulan lalu.

Mungkin ada yang tidak mengenali dengan pelakon Ariff Aziz, jadi jom lihat 8 fakta menarik mengenainya.

1. Nama lengkapnya ialah Wan Izma Ariff Bin Abd Aziz berasal dari Kuala Lumpur,  dilahirkan pada 12 April 1989.

2.Ariff mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Terbuka Malaysia dalam bidang Sarjana Muda IT dan Multimedia.

3.Memiliki ketinggian 184cm membuatkan pelakon ini turut aktif dalam bidang peragaan dan lakonan.

4. Sebelum aktif seni, Ariff juga pernah bergelar finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014, anjuran Majalah Maskulin.

5. Antara drama terawal yang dibintanginya ialah sebuah drama bersiri Kerambit terbitan tahun 2015.

6. Pada tahun 2017, nama Ariff semakin dikenali oleh peminat apabila dia membintangi sebuah drama Misteri Wan Peah yang ditayangkan di TV3.

7. Difahamkan, Ariff pernah terlibat dalam projek bersama Harris Baba, Daniel Lim Santoso dan juga Neal Bainz dalam sebuah kumpulan band bernama Carla di bawah naungan penyanyi Awi Rafael.

8. Diijabkabulkan bersama seorang penerbit terkenal, Datuk A.Aida pada 21 Julai 2018. Namun jodoh mereka tidak panjang mereka bercerai dengan talak satu, 25 April lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Carian Google via MH