[VIDEO] “Kalau ada kereta lain masa saya dan ayah tukar tempat duduk di jalan gelap, sunyi… pasti pecut laju”

0
6

NETIZEN digemparkan dengan video yang tular menunjukkan seorang lelaki menyarung telekung semasa memandu kereta pada waktu malam.

“Bapa aku punya tahap sejuk sampai dia ambil telekung mak aku guys!! Kereta sebelah terkejut guys!! Hahaha,” menurut perkongsian seorang remaja di laman sosial Twitter sehingga diulang kicau lebih 31,000 kali.

Rata-rata netizen turut menyifatkan video tersebut lucu sehingga menyebabkan sesiapa melihatnya menyangka ia adalah hantu.

“Ini kalau keluar kereta ayah kau ni bro, confirm orang reverse balik kereta. Dia orang fikirkan hantu,” kata @PaanYNWA.

“Kalau lalu sebelah ni boleh u-turn balik jalan tu,” komen @luqyyy_ di bebenang perkongsian itu berserta emoji ketawa.

Perkongsian Muhammad Zakuan di laman sosial sehingga menjadi tular.

Pemuda berkenaan, Muhammad Zakuan Zahari berkata, video tersebut dirakamkan semasa dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang beraya dari kampung di Bentong, Pahang ke rumah mereka di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu menjelaskan mereka pulang ke kampung pada pagi yang sama dan sepatutnya merancang balik ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

“Tapi sebab nak elak kesesakan lalu lintas, sudahnya ia ditangguhkan ke malam. Kami pergi balik hari je, jadi tak ada persiapan dibuat tak ada bawa baju lebih.

“Kami bertolak selepas pukul 9 malam. Masa masih dalam pekan Bentong, tiba-tiba ayah minta telekung mak yang diletakkan kat tempat duduk belakang. Dapat saja telekung tu terus dipakainya sebab sejuk sangat,” katanya kepada mStar.

Seorang bapa terpaksa memakai telekung bagi menahan kesejukan. Foto ihsan Muhammad Zakuan

Muhammad Zakuan berkata, penyaman udara di dalam kereta ditetapkan pada tahap paling minimum tapi kesejukan masih dirasai sehingga ke tempat duduk belakang.

 

Boleh bayangkan kalau orang dalam kereta sebelah kat lampu isyarat di pekan Bentong pun boleh terkejut ingatkan hantu. Agaknya, kalau ada kereta lalu masa saya dan ayah tukar tempat duduk di jalan gelap yang sunyi, pasti kereta tu pecut laju MUHAMMAD ZAKUAN

Jelasnya, penyaman udara tidak dapat dimatikan kerana cermin kereta akan berwap yang akan membahayakan pemanduan pada waktu malam.

“Aircond kereta buatan tempatan ni kalau waktu malam memang sejuk sangat. Lagipun ayah memandu waktu malam, keadaan di luar pun begitu dingin.

“Kami semua memang jenis suka sejuk, kecuali ayah yang tak tahan sejuk. Tak ada baju lain, telekung tu satu-satunya ‘kain’ tambahan dalam kereta,” katanya.

Muhammad Zakuan (kanan) bersama keluarganya berhari raya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, disebabkan lebuh raya masih dilanda kesesakan lalu lintas, bapanya memutuskan untuk melalui jalan lama dari Bentong.

“Penglihatan ayah agak terhad bila memandu pada waktu malam. Jadi, kami terpaksa berhenti di jalan lama di Gombak untuk sambung memandu, ganti ayah.

“Masa tu, jalan di situ cukup sunyi sepi. Kiri kanan pula hutan, memang gelap sebab tak ada lampu jalan… memang menyeramkan. Kebetulan, tak ada kereta yang lalu lalang di laluan lama itu,” tambahnya.

Zahari Ibrahim (kanan) menjadi perhatian apabila terpaksa memakai telekung isterinya bagi menahan kesejukan ketika memandu.

Walaupun pada masa itu baru pukul 10 malam, tetapi suasana di jalan lama yang sunyi itu begitu menyeramkan, namun Muhammad Zakuan yang merupakan penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah lebih memikirkan mengenai keselamatan keluarganya.

“Saya dan ayah dah tak fikir apa masa tu. Kami cepat-cepat tukar tempat duduk, saya sambung memandu dan ayah ke tempat duduk belakang. Ayah masih bertelekung sebab masih rasa sejuk.

“Tapi saya boleh bayangkan kalau orang dalam kereta sebelah kat lampu isyarat di pekan Bentong pun boleh terkejut tengok ayah, ingatkan hantu. Agaknya, kalau ada kereta lalu masa saya dan ayah tukar tempat duduk di jalan yang gelap dan sunyi, pasti kereta tu pecut laju,” katanya secara berseloroh.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here