Perkahwinan Nadia Brian September Ini Dibatalkan. Ini Puncanya!

Menurut laporan Harian Metro, Nadia dan tunangnya, Muizz Nasruddin terpaksa menunda tarikh nikah mereka kerana belum mendapat lokasi untuk majlis tersebut.

“Kami terpaksa tunda kerana belum ada lokasi. Sebelum ini, kami memilih 19 September kerana itu dirasakan menarik, kami hanya mampu merancang,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia mengatakan dia dan Muizz tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan majlis pernikahan mereka mungkin ditunda ke hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Sebenarnya, saya dan tunang tak kisah sangat mengenai tarikh atau angka. Sekarang, kami masih lagi melakukan beberapa persediaan awal.

“Insya-Allah, sekiranya semuanya berjalan lancar, majlis perkahwinan kami akan berlangsung pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Nadia dan Muizz telah berkenalan selama dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan.

Februari lalu, Muizz telah melamar pilihan hatinya itu di Kota Paris.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It feels good to lost in the right direction. 💖❤️

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kekanda @remyishak 🌸 Hehe 😘 #Film #Bu #KasihSuci

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Kredit  : Gempak , Harian Metro

 

Be the first to comment on "Perkahwinan Nadia Brian September Ini Dibatalkan. Ini Puncanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*