[VIDEO] Bila Lagu Raya Dinyanyikan Dalam Bahasa Inggeris…Memang Berdekah!

Alahai, tinggal berapa hari sahaja umat Islam bakal menyambut hari kemenangan, hari raya! Dalam kesibukan menyediakan persiapan berhari raya, corong-corong radio turut memutarkan lagu-lagu hari raya yang baru dan juga ‘evergreen’.

Bagaikan tidak berseri menyambut hari raya jika tidak mendengarkan lagu-lagu raya. Ada lagu yang membuatkan kita terkenangkan kampung halaman, ada lagu yang mampu menaikkan mood girang untuk menyambut hari raya dengan penuh meriah dan ada juga yang mampu membuatkan kita terkenang memori menyambut hari raya pada tahun sebelum ini.

Orang kata, kalau beraya tidak mendengarkan lagu raya, tak rayalah wei!

Baru-baru ini tular dengan satu video nyanyian lagu hari raya ‘evergreen’ di laman sosial.

Apa yang membuatkan video itu menarik perhatian ramai adalah lirik lagunya ditukar ke bahasa inggeris dan sememangnya boleh berdekah menontonnya!

Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan rakaman tersebut di laman sosial itu semalam dan telah meraih 246,000 tontonan dan lebih dari 23,000 rewtweets!

https://twitter.com/BalqisSidiqia/status/1133649780821774337

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Memang teruk ya yang video bahagian ketiga itu! Sorrow sangat!

HAHAHAHAHAHAHA SORROW . Twitter tak pernah mengecewakan

Allahuuu mengalir air mata gelak

HAHAHA did i said something wrong

 

nanti aku nyanyikan kau time jamuan raya k? kah kau mau aku voice sekarang? for u bole 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Balqis Sidiqa via HCL