Anak Zul Yahya Bertanyakan Satu Soalan Dan Ini Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Memang Boleh Buat Ramai Insaf

Video Penuh Tentang Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Berada Di Akhir Artikel

Sejak berhijrah sedikit demi sedikit , saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.

Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah.

Video Penuh Tentang Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Berada Di Akhir Artikel

Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.

Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.

Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya.

Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah.

Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab.

Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sahabat2 dunia dan akhirat… Melepaskan rindu #anak2kuchomel #anak2kusayang😘😘 #anak2syuga

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.

Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.

Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.

SUMBER : ULTRANEWS

PELAKONÂ dan pengarah filem, Zul Yahya menerusi Instagram peribadi memuat naik sebuah video perbualannya dengan anak perempuannya bernama Arissa.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Arissa menceritakan situasi diajukan persoalan oleh kawan-kawan sekolahnya kenapa bapanya tidak berlakon lagi.

Nak tahu apa jawapan yang diberitahu oleh Arissa kepada rakan-rakannya. Jom lihat video ini.

Namun jawapan yang diutarakan oleh Arissa menyejukkan hati bekas pelakon drama bersiri superhero tempatan Pepaya ini.

Video Penuh Tentang Jawapan Zul Yahya Kepada Anak Dia Berada Di Akhir Artikel

Zul dilihat menghadiahkan ciuman di pipi Arissa sebagai tanda berpuas hati dengan jawapan bijak anak perempuannya itu.

Terdahulu viral sebuah video Zul Yahya berkongsi pengalaman penghijrahan dirinya dan keluarga di laman internet.

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia tidak menyangka dan terlintas di fikirannya untuk meraih populariti sebegitu.

Walau bagaimanapun, dia hanya mampu berharap perkongsian yang tidak seberapa itu mampu menjentik naluri yang mendengar untuk turut sama berubah ke arah yang lebih baik.

Perubahan yang dialami oleh Zul bukan hanya kepada pembawakan dirinya namun imejnya turut berubah yang kelihatan lebih selesa tampil berjubah dan berkopiah.

Rata-rata netizen menyokong perubahan Zul dan mendoakannya supaya terus istiqamah mencari jalan hidup lebih baik.

VIDEO PENUH

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Islamik Info