Pengasas Dnars meningg4l Dunia Dalam Perjalanan Sampaikan Sumbangan Ke Tahfiz Pattani

USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meningg4l dunia selepas terbabit dalam kem4langan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

“Kem4langan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meningg4l dunia di tempat kejadian.

“Suami Faziani, Ahmad Shah Rizal Ibrahim turut terlibat dalam kem4langan tetapi hanya mengalami keceder4aan dan beliau yang memaklumkan kepada saya mengenai berita sedih ini,” katanya 

Kereta yang dinaiki Faziani terbabit dalam kem4langan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Foto Facebook

Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu waktu Malaysia.

“Suami Faziani dibawa ke Hospital Pattani dan urusan untuk membawa pulang jen4zah ke Malaysia sedang dijalankan,” katanya dengan nada sebak.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga merupakan penaja utama Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Berita tersebut turut disahkan oleh anak Allahy4rham Faziani, Iqbar Hakim menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada tengah hari Sabtu. 

“Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kem4langan.

“Kepada semua, sedekahkan Al-Fatihah kepada mami, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar VIA KhalifahMedia