“Masa Tu Lah Anak Nak Minum Susu..Nasib Baik Tak Kata Nak Poo Poo, Kalau Tak Jah4nam,” – Faezah Elai

Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi foto kandid suami, pengarah  Heykal Hanifah bersama dua orang anaknya ketika menaiki Mass Rapid Transit (MRT). Menariknya, foto tersebut merakamkan aksi kandid si anak bersama gelagat masing-masing.

Malah, Faezah dengan selamba turut memuat naik foto dengan kaspyen yang humor.

“Tu la..konon malas nk drive,nk naik mrt sgt.. sekali org ramai.. masa tu lah anak nk minum susu. Nasib baik anak2 tk kata nk poo poo,klu tk lagi jahanam. Sekali sekala jd daddy cool,” tulisnya.

Lalu, perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat serta riak wajah si bapa.

Foto tersebut sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Faezah Elai via MH