[VIDEO] Alhamdulillah Lebih Setahun, ‘Sering Berpuasa’ Rupanya Michael Ang Sah Masuk Islam!

SELEPAS pelbagai spekulasi, pengarah dan penerbit, Michael Ang akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah memelvk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Menurut Michael, dia berkongsi dengan masyarakat tentang perkara itu kerana enggan membiarkan masyarakat terus berteka-teki mengenai status agamanya terutama apabila dia mengunjungi masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni https://youtu.be/1LIc5-tT7og

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini. Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang daripada ada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini.

Michael Ang masih belajar tentang Islam.

“Sebenarnya, kalau boleh tak nak memperbesarkan kerana ini antara saya dan Allah,” katanya secara eksklusif menerusi laman Youtube Official Ria X pada Selasa.

Sementara itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta peminat mendoakan yang terbaik dan berharap penghijrahannya ini diberkati.

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di sisi Allah,” katanya.

Keputusan memeluk Islam menerima komen positif peminat.

Sebelum ini, pemilik nama Michael Ang Hai Swee ini dikatakan sudah memeluk agama Islam apabila memberitahu mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, ramai peminat meninggalkan komen mengucapkan syukur di atas penghijrahannya itu.

“Alhamdulillah, dah setahun Michael peluk Islam. semoga sentiasa dibukakan pintu rezeki.

“Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan kamu. Bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad, nanti puasa penuh ya,” komen peminat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Alhamdulillah Lebih Setahun, ‘Sering Berpuasa’ Rupanya Michael Ang Sah Masuk Islam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*