“Nasib Baik Suami Cuti, Dapat Temankan Ibu Bersorak…” – Fasha Sandha Isi Masa Bersama Anak-Anak Dan Suami

Semalam, Fasha Sandha ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya dalam satu entri terbaru.

Foto yang dirakam bersama keluarga termasuk anak-anak itu jelas menampakkan sisi bahagia pengantin baru ini. Mereka sekeluarga telah meluangkan masa bersama-sama ketika hari sukan sekolah anak.

Dalam pada itu, perkongsian pelakon Patah Sayang Bertongkat Paruh itu mendapat pujian daripada peminat.

Semuanya gara-gara selepas mereka melihat kemesraan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.

Fasha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau nama lengkapnya, Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum berpisah empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Alahai, semakin mesra dan romatis pasangan penganti baru ini. Makin bertambah manis!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Fasha Sandha via @OTOKGELIGO