“Rasa Malu Sangat-Sangat…”- Fasha Sandha & Aidil Aziz Tolak duit ratusan ribu ringgit

Pelakon Fasha Sandha akui dia dan suami Aidil Aziz terpaksa menolak tawaran tajaan bernilai RM200,000.

Fasha berkata, tawaran itu diterima daripada individu yang menghubungi suaminya, pelakon Aidil Aziz, dan keluarganya untuk menaja sebuah lagi majlis perkahwinan di ibu negara.

“Ada orang menghubungi suami dan juga keluarga untuk menaja majlis perkahwinan #aidilfasha bernilai RM200,000. Terima kasih banyak-banyak.

“Tetapi ‘mood’ untuk (mengadakan) majlis (kahwin) macam sudah habis. Lagipun, (kami) rasa malu sebab tajaan itu agak besar nilainya,” tulis Fasha

Perkara itu dikongsikan oleh Fasha menerusi  Instagram(IG) Story miliknya.

Bagaimanapun menurut Fasha, seandainya dia dan suami berubah fikiran, mereka pasti akan menghubungi semula individu berkenaan.

Pada 30 Mac lalu, Fasha, 35, selamat bergelar isteri kepada Aidil, 31, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.15 pagi, dalam majlis yang berlangsung di kampung halamannya di Perlis.

Majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan dilangsungkan pada hari sama, manakala acara bertandang pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, 6 April lalu.

Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerrai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Basuh periuk, masak nasi goreng tugas pertama Fasha Sandha di rumah mertua

PELAKON Fasha Sandha mendapat pujian netizen apabila tidak kekok bergotong-royong menyediakan menu sarapan untuk keluarga suaminya, Aidil Aziz di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.

Rata-rata kagum dengan keakraban Fasha dan keluarga mertuanya walaupun selepas sehari majlis bertandang diadakan di rumah keluarga Aidil.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan melalui posting Instagram Aidil dilihat sedang memasak nasi goreng di dapur yang masih dipenuhi perkakas kenduri.

“Tahniah, berserinya muka pengantin. Touching melihatnya, Semoga rumah tangga yang baru dibina kekal hingga jannah dan dapat zuriat yang soleh dan solehah,” tulis @cipmun_comel.

“Kadang-kadang dapat pasangan orang kampung yang biasa-biasa ni lagi meriah dengan kehidupan rutin yang biasa bersama saudara-mara yang mesra dan membuatkan kita tidak kekok dan tidak perlu berprotokol, happy for both Fasha dan Aidil,” tulis @afidahmansor.

“Memang jarang nak tengok artis posting real life, salute Aidil and Fasha. Ini wedding of the abad, bukan of the year,” tulis @gigihaana.

Sebelum ini, Fasha dan Aidil juga dipuji selepas turut sama mencuci periuk dan kuali selepas berakhirnya majlis kenduri mereka.

Suasana kenduri berkonsepkan Melayu tradisional untuk pasangan ini juga disifatkan unik apabila Fasha dan Aidil diarak menaiki tandu.

Fasha dan Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 32, bertunang pada 18 November 2018 dalam satu majlis sederhana di Ampang, Selangor.

Mereka kemudian selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullai, Kangar, Perlis pada 30 Mac 2019.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astrogempak via KLMenjerit