[VIDEO] “Jemur Kain Dulu..” – Karenah Achey Letak Anaknya Tiara Dalam Bakul Buat Netizen Terhibur

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang  musim pertama terbitan Saluran TV3.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Umumnya mengetahui, Achey dan Anne mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah. Achey selalu memuat naik video anaknya yang comel untuk tontonan pengikutnya.

Dalam entri terbarunya di laman Instagram, Achey telah memuat naik sebuah video. Dalam video tersebut, memaparkan Achey meletakkan anaknya Tiara di dalam bakul kain yang besar.  Ada 3 adegan dalam video tersebut. Adegan Achey mengembirakan anaknya Tiara.

VIDEO:

Komen netizen:

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram acheykintangkintung via KL MENJERIT