“Indahnya bermadu..” Ashraf Muslim Sambut Hari Lahir Anak Bersama Kedua-dua Isteri

Apabila kita bercakap soal poligami, pasti akan ada antara wanita yang tidak boleh menerima hakikat ini dan tidak boleh berkompromi.

Iyalah, bukan mudah untuk berkongsi suami dengan orang lain. Malah ada wanita yang sangat pantang apabila isu poligami ini ditimbulkan oleh para suami.

Namun begitu, masih ada juga kaum hawa yang berfikiran terbuka tentang hal ini dan boleh menerimanya.

Sebagai contoh, keluarga pelakon Ashraf Muslim ini dilihat sangat bahagia dan harmoni dengan keluarga besar mereka.

Menerusi laman Instagram, baru-baru ini Ashraf Muslim memuat naik gambar di sekitar majlis hari lahir anaknya.

Majlis ini disambut oleh kedua-dua isteri dan keluarganya dengan sederhana dan sangat ‘happening’.

Anaknya Sarah baru saja menyambut hari lahir yang ke-5 dan dihairi oleh semua keluarga mereka.

Rata-rata netizen memuji Ashraf Muslim yang mampu menjaga dan mendidik kedua-dua keluarganya dengan harmoni.

 Bukan mudah untuk membahagikan masa dan tanggungjawab seadilnya tetapi Ashraf dilihat mampu melaksanakannya.

Sebelum ini, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

Selepas itu, pelakon filem Aku Masih Dara ini mencetuskan kntr0versi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013.

Walaupun ada yang tidak setuju kerana tindakannya berkahwin dua, kini pelakon Ashraf Muslim dilabel sebagai ‘ikon poligami’ oleh netizen.

Malah, Ashraf tidak menyembunyikan kebahagiaan dikecapinya bersama kedua-dua isteri dan keluarga tercinta.

“Dalam Islam pun, tindakan poligami dibenarkan cuma ia sering menjadi isu kerana masyarakat belum boleh terima sepenuhnya.

“Biarpun saya boleh menjelaskannya secara terperinci, perkara berkaitan poligami sesuatu yang sensitif bagi orang kita.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, poligami akan jadi indah apabila suami mampu memimpin dengan betul,” katanya.

 

 

 

 

 

Bersama Noor Dayana, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 3, dan dengan Wan Sakinah pula 3 orang zuriat iaitu Sarah Ashraf, 4, Adam Ashraf, 3 dan yang baru dilahirkan Saffiyah Ashraf.

Semoga Ashraf Muslim dapat sentiasa berlaku adil kepada kedua-dua isterinya dan semua anak-anaknya.

Sumber: YOYNetwork

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon