Beberapa foto penampilan pelakon Fasha Sandha pada majlis resepsi di sebelah keluarga suami, aktor Aidil Aziz yang berlangsung semalam tular di media sosial.
Dalam foto yang tular itu, Fasha mengenakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta solekan daripada jurumekap tersohor, Alha Alfa.
Rata-rata netizen tidak henti memuji kecantikkan Fasha menggayakan kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada adaptasi dari busana tradisional Negeri Sembilan.
Fasha turut diserikan dengan aksesori gandik dan cucuk sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya.
View this post on Instagram
View this post on InstagramHandsome groom @itsaidilaziz wearing a custom suit cutting ‘baju melayu #bridesbyrr #rizmanruzaini
View this post on InstagramAdat melayu tidak dilupakan. . . . #aidilfasha #csthowweroll #sonymalaysia #a7riii #70200gm
View this post on Instagram
Difahamkan, majlis resepsi pasangan tersebut diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
Fasha dan Aidil selamat diijabkabulkan pada 30 Mac 2019 yang lalu di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha.
Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:
Foto: Instagram @Rizmanruzaini @cstproduction @Alhaalfa @Elisyasandhaofficial @Fizoomar @Redzarosli
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon