[FOTO & VIDEO] Sekitar Majlis Akad Nikah Nelydia Senrose Dan Pasangan.. Simple Dan Cantik Sangat!

Pelakon Nelydia Senrose selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapanya Nik Sen Mat Rifin disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid kira-kira pukul 3.28 petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Sebelum pernikahan, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu disaksikan lebih 200 orang tetamu.

Hafez menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 kepada Nelydia selain sembilan dulang hantaran yang dibalas 11 oleh pengantin perempuan.

Manakala, wang hantaran tidak dinyatakan.

Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan cinta dengan Hafez sejak April 2018.

VIDEO:

Simple dan cantik busana yang digayakan…

Ketibaan pengantin lelaki…

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Nelydia Senrose. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhirnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram