Cuti sekolah.. guru besar ini sempoi je cat pagar sekolah, baiki kerusi meja serta betulkan lampu

BANTING – Semalam tular gambar seorang guru sedang mengecat pagar sekolah berseorangan di bawah terik mentari.

Rupa-rupanya beliau adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Telok Datok Banting, Zulfikri Abu Samian.

Beliau memang tidak menyangka dan terkejut ketika dihubungi GPSBestari.com bertanyakan hal itu.

Katanya, memang waktu cuti beginilah peluang untuk beliau mengecat di mana tempat yang suram dan pudar untuk ceriakan kembali kawasan sekolah.

“Aduhai sempat juga guru Penolong Kanan (PK) Kokurikulum saya, Cikgu Fadhlah Afif Talib merakam gambar saya semalam kebetulan dia ke pejabat.

“Saya bukan berseorangan, ada kakitangan pembersihan sekolah sekali beserta staf pentadbiran,” katanya.

Cikgu Zulfikri turut menyatakan yang beliau memang tidak galakkan guru-guru datang ke sekolah ketika waktu cuti sekolah.

“Saya faham waktu cuti sebegini ramai cikgu pulang ke kampung dan beraktiviti bersama keluarga tercinta.

“Hari inipun kami masih sambung buat-buat kerja baik pulih dan keceriaan,” katanya.

 

Kerja mengecat turut dilakukan hari ini.

 Pekerja Am Pejabat, Zainuddin Bagus membantu membaik pulih kerusi murid yang rosak.

Bapa murid turut datang membantu meracun rumput dan lalang dalam dan luar kawasan sekolah hari ini.

Gambar yang dimuat naik di Facebook Kami Guru Malaysia itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan guru.

Sumber : GPS