6 Sebab Mengapa Wanita Anak Sulung Merupakan Calon Isteri Yang Terbaik

Anak sulung sering dikaitkan dengan seorang yang garang dan tegas. Kak Long, kakak atau Along merupakan panggilan mesra bagi anak sulung perempuan. Mereka diberikan amanat yang sangat berat untuk menjaga adik-adik agar sentiasa berada dalam keadaaan yang baik dan selamat.

Namun, disebalik sifat garangnya itu, terdapat ciri-ciri yang membuatkan kaum lelaki tertarik dengan karakter anak sulung.

Jom kita lihat sifat-sifat menarik yang ada dalam diri anak sulung.

#1. Pandai memasak.

Anak sulung gemar melakukan kerja-kerja didapur seperti memasak. Bagi mereka, tanggungjawab memasak menjadi keutamaan untuk menyediakan makananan kepada yang tersayang.

#2. Seorang yang rajin.

Terdapat satu perkara yang membuatkan lelaki diluar sana jatuh cinta dengan anak sulung. Ini kerana mereka terkenal dengan sifat rajin. Mereka akan mengemas rumah agar kediaman kelihatan bersih dan selesa.

#3. Bersifat jujur.

Anak sulung mempunyai sifat yang jujur untuk memberitahu hal sebenar kepada pasangannya. Mereka tidak gemar merahsiakan sesuatu perkara kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

4. Pendengar yang baik.

Sekiranya anda mempunyai masalah yang ingin dikongsikan bersama, jangan malu untuk meluahkan dan menceritakan kepada mereka yang bergelar ‘Kak Long’. Mereka merupakan good listener kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan sedia membantu anda untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

#5. Seorang yang berdikari.

Bersifat berdikari adalah perkara yang terdapat dalam diri anak sulung untuk belajar tanpa bergantung harap kepada orang lain. Mereka akan melakukan sesuatu perkara secara sendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

#6. Mengormati orang tua.

Anak sulung cenderung untuk menghormati orang tua. Mereka lebih bersifat keibuan kerana sudah terbiasa menjaga adik-adiknya. Mereka akan menjaga ibu mertua anda dengan penuh kasih sayang.

Sumber : Cerkosong