“Nak Keluaq Rumah Pun Pikiaq 65 Kali” – Syatilla Melvin Sarat Mengandung Anak Kedua

Pelakon Syatilla Melvin akui kandungan yang semakin sarat membuatkan dirinya malas keluar.

Menurut Syatilla, dia lebih selesa menghabiskan masa di rumah memandangkan tarikh jangkaan bersalin semakin dekat.

“Nampak muka memang macam fresh ja sentiasa kan, tapi hakikanya dah hujung-hujung pregnancy ni nak buat apa pun tak larat dah.

“Nak keluaq rumah pun pikiaq 65 kali, nak makeup pun rasa rugi sangat masa (baik baring lagi bagus).

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berkongsi rasa teruja selain mendoakan agar dipermudahkan urusan bersalin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nampak muka memang mcm fresh ja sentiasa kan🤓tpi hakikatnya,dah hujung2 pregnancy ni,nk buat apa pun xlarat dah😭nk keluaq rumah pun pikiaq 65kali,nk makeup pun rasa rugi sgt masa(baik baring lagi bagus)😝ya allah permudahkan segala urusakan aku,amin♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Untuk perkembangan terkini, Syatilla kini sarat hamil anak kedua.

Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugvr Julai lalu

JIKA kakak iparnya iaitu pelakon Zizie Ezette mengumumkan hamil anak ketiga, pelakon Syatilla Melvin juga mempunyai berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua yang sudah memasuki dua bulan.

Syatilla, 27, berkata dia dan suaminya, Shaheizy Sam tidak menjangka kehamilan secepat ini memandangkan dia pernah mengalami keguguran pada Julai lalu.

“Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran.

“Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua,” kata Syatilla kepada mStar Online.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya dengan memuat naik foto imbasan ultrabunyi.

Menurut Syatilla, kehamilan itu merupakan hadiah hari kelahiran buat suaminya yang ke 36 tahun, disambut pada Selasa.

“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah hari jadi kat baby besar ni.

“Hari lahir laki ku (suami). Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rab,” katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar kandungannya dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Syatilla pernah meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Pelakon drama bersiri Sha dan Shah yang hamil enam minggu ketika itu mengalami pendarahan yang teruk selepas melakukan kerja rumah.

Untuk rekod, Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum dia mengandungkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy.

Bagaimanapun, rezekinya untuk menimang cahaya mata dipermudahkan apabila disahkan hamil sebulan kemudian. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Foto: Instagram @samtilla via Gempak/mStar

 

Be the first to comment on "“Nak Keluaq Rumah Pun Pikiaq 65 Kali” – Syatilla Melvin Sarat Mengandung Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*