Terima Surat Dari Qadeejah,Terselit Di Bawah Bantal Buat Dato’ Aliff Syukri Sebak Dan Terharu

Menerusi akaun Instagram, pengasas produk kosmetik dan usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri berkongsi gambar dan video sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Tidak dapat dipastikan kenapa Dato’ Aliff masuk hospital kerana tidak dinyatakan secara jelas di akaun Instagram miliknya.

Dato’ Aliff meminta orang ramai supaya mendoakan kesihatannya bertambah baik dan memberi semangat kepadanya untuk kembali sihat serta menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Baca perkongsian Dato’ Aliff di bawah :

” Hidup perlu diteruskan juga. Terima kasih yang sentiasa doakan kesihatan sy dan support sy utk terus bersemangat.. “

” Sy sentiasa menbaca komen anda smua. sy berharap anda jgn tanya, doakan sy kuat.. “

Dato’ Aliff juga turut berkongsi surat yang ditulis oleh anak perempuannya Qadejah El-Zahra. Menurut Dato’ Aliff, beliau terjumpa surat itu di bawah bantalnya semasa bangun daripada tidur.

Surat Qadeejah membuatkan Dato’ Aliff rasa terharu dan dihargai sebagai seorang ayah. Alahai sweetnya Qadeejah. Baca perkongsian Dato’ Aliff di bawah :

” Siapa pernah rasa pengalaman seperti saya?? Bangun je pagi sy terjumpa surat di bawah bantal dn sy terkejut bila baca bila anak sendiri buat mcm ni.. “

” Indahyee pengalaman menjadi seorg abah bila anaknya menghargai kita. abah juga syg cess @qadejah.. 

 

KOMEN NETIZEN:

Alhamdulilah..dapat anak penyayang

Kami mendoakan semoga Dato’ Aliff cepat sembuh dan ceria-ceria seperti selalu. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan.

Semoga Qadeejah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah yang taat pada suruhanNya. Alhamdulillah walaupun masih kecil, sekarang Qadeejah sudah berhijab dan menutup aurat apabila berdepan dengan bukan mahram.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tahniah Dato’ Aliff dan Datin Shahida atas didikan ini. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih

Sumber:Instagram Aliff Syukri via TerlajakViral