“So Good Acting, Kalau Laki Lain Nak Watak Macho Je “-Zarina Anjoulie Puji Naim Daniel Bawak Watak Budi Dalam ‘Pia’.

Awal tadi, pelakon sensasi Zarina Anjoulie ada berkongsi pandangan peribadinya mengenai watak Budi yang dilakonkan Naim Daniel menerusi drama bersiri, Pia. Kata Zarina dia menyukai keberkesanan lakonan bintang muda itu dalam menghayati watak.

“I suka la tengok dia ni his so good at acting. Kalau laki lain m4ti balik tak nak ambil watak ni semua nak yang macho je control handsome but @naimdaniel killed this,” tulisnya menerusi Instagram.

Lalu, perkongsian Zarina itu turut mendapat reaksi dari peminat yang sama setuju dengan skil lakonan Naim menerusi Pia

Terdahulu, Pia yang turut didukung pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Zara Zya mengisahkan mengenai Pia yang tersepit di antara statusnya sebagai isteri serta pada masa sama perlu memikul tanggungjawab bagi menjaga adiknya yang kurang upaya selepas kedua ibu bapa tiada.

Pia bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3.

Naim Daniel ambil masa dua bulan kaji kehidupan 0KU

PELAKON Naim Daniel mendedahkan dia terbawa-bawa watak orang kelainan upaya (OKU) yang dilakonkan dalam drama Pia biarpun selepas tamat penggambaran drama berkenaan.

Naim,22, berkata, perkara itu disebabkan dia terlalu menghayati dan membuat kajian selama dua bulan tentang peny4kit cerebral palsy sebelum memulakan penggambaran.

Naim buat kajian lebih dua bulan tentang peny4kit cerebral palsy. Cerebral palsy ialah sejenis peny4kit gangguan otak terjejas hingga mengganggu pergerakan mahupun postur badan penghidapnya. Selain itu, cerebral palsy juga mampu menjejaskan komunikasi, pendengaran dan tingkah laku pes4kitnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Sump4h ini berharap watak kurang upaya yang dibawakannya itu dapat memberikan impak dan kesedaran bagi mereka yang menonton. 

Naim terbawa-bawa watak kurang upaya biarpun sudah tamat pengambaran. “Saya cuma harap mesej dalam drama ini sampai kepada penonton, sebagai pelakon saya inginkan watak dan mesej yang cuba disampaikan memberi impak positif kepada mereka. “Malah saya mahu masyarakat sedar wujud golongan yang menganiaya individu kurang upaya sehingga mereka tidak terdaya untuk melawan” tambah Naim. 

Drama Pia mula ditayangkan bermula 3 Mei lalu menerusi slot Lestary TV3. Selain Naim, drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini turut dibintangi Zara Zya, Alif Satar, Sheila Rusli dan Idzham Ismail.

“Drama yang sedang ditayangkan di TV3 ini benar-benar mencabar keupayaan sebagai pelakon, saya membuat kejadian mengenai peny4kit cerebral palsy selama dua bulan sebelum memulakan pengambaran malah berjumpa mereka yang menghidapi peny4kit ini bagi memahami cara mereka menjalani kehidupan seharian.

“Namun semuanya berjalan lancar malah saya terbawa-bawa karakter tersebut lebih seminggu selepas tamat pengambaran. Maklumlah sudah terbiasa dengan karakter tersebut selama lebih dua bulan pengambaran,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah sekian lama. Ini merupakan “hadiah” terbaru dari saya. SUMPAH tak sabar. PIA . #dramasangat #teambudi #sumpahnaim @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ready for my next single?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sampai hati kakak. Kakak sanggup buang Budi sebab nak ikut Abang Zafran. Budi tahu, Budi banyak susahkan semua orang. Tapi Budi tak pernah benci kakak ya. Sayang kakak. #pia #teambudi

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Petuaresipibonda