“Jika Diizinkan, Saya Mahu Bakal Isteri Dapat Bersama..” – Zamani Niat Bawa Bakal Isteri Tunaikan Umrah Di Mekah

Penyanyi, Zamani Ibrahim, meminta semua pihak mendoakan supaya hasratnya untuk menunaikan ibadat umrah pada November depan terlaksana.

Bakal menjejakkan kali di Tanah Suci Makkah buat kali pertama, Zamani juga memasang impian untuk membawa bersama bakal isterinya ke sana.

“Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan menunaikan umrah pada November depan. Pemergian ke Tanah Suci nanti akan disertai anggota keluarga yang lain. Jika diizinkan, saya juga mahu bakal isteri dapat bersama-sama saya menunaikan ibadat berkenaan, di sana.

“Bagaimanapun, setakat ini semua itu hanya perancangan saya. Jika kami dinikahkan sebelum tarikh bertolak ke Makkah, bolehlah saya bawa isteri sekali. Apapun, doakan supaya hasrat saya ini dimakbulkan Tuhan,” kata Zamani 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. Selesai konsert @kl.jamm yg berlansung semalam di Mitec, Kuala Lumpur. Terima kasih pada Dato @norman_abdhalim atas jemputan dan pada semua yg terlibat. Terima kasih juga pada semua fans yg datang… Foto kredit : @remy_daud10 #kljamm #aduhzamani

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official) on

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang dan Syair Si Pari-Pari ini turut memaklumkan, dirinya mempersiakan diri dengan mempelajari ilmu agama bersama seorang ustaz sebelum berangkat ke Arab Saudi.

“Apabila usia semakin meningkat, tentunya fokus kita juga lebih tertumpu kepada usaha mendalami agama. Setiap orang pasti melalui fasa peralihan untuk menjadi insan lebih baik dan saya tidak terkecuali dalam hal ini.

“Pada mulanya, saya berjumpa ustaz berkenaan untuk merawat peny4kit saya. Kebetulan, dia juga mengajar agama, jadi saya mengambil peluang itu untuk belajar dengannya,” katanya ketika ditemui selepas menjayakan program bual bicara, Borak Kopitiam, di sini.

Dalam perkembangan lain, artis berusia 48 tahun itu baru sahaja muncul dengan lagu baharu, Lima Aksara, yang dinyanyikan secara duet bersama Ezad Lazim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semoga dipermudahkan… #Repost @ezadlazim with @get_repost ・・・

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official) on

Lagu berkenaan adalah hasil ciptaan komposer baharu, Mulah, dan lirik pula tulisan Ahmad Fedtry Yahya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:BHonline