Nekad Membanting Tul4ng Semata Nak Hantar Ank Sekolah Swata. Warganet Terkedu Tengok Jumlah Yuran Yang Abby Abadi Keluarkan Untuk Ank Dia

Sekolah swasta kini makin mendapat perhatian dalam kalangan ibu-bapa yang mahukan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka dengan memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan. Pemilihan sekolah swasta ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu yang mahukan pendidikan berkualiti berbanding dari sekolah kerajaan. Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta.

Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat semua permata hati daripada semua segi. “Zaman Mama Abah tak sama dengan zaman anak anak ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yang terbaik untuk anak anak ini.

“Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran dan akhlak mereka,” jelasnya. Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan. Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun. Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu. “InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik untuk anank anak Mama. Belakang belakang tabir biarlah jdi rahsia hihi.

“Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah untuk bagi yg terhebat untuk anak anak ini ye. Mama Abah tak dapat macam ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap sedap. “Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dapat ganti, pergi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang kadang yilek huhu. “Jadi, bersyukur dengan apa yg ada gunakan peluang dan ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak 4. “Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki dan rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.

Jumlah Yuran

Untuk maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah. Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000. Walaupun sekolah swasta ini sering dianggap sebagai ‘sekolah untuk anak orang kaya’ oleh sesetengah pihak, ia tidak menghalang ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Faktor utama mereka adalah kualiti pendidikan yang lebih baik walaupun terpaksa membayar yuran tinggi.

Tetapi tidak semua sekolah swasta mengenakan caj yuran tinggi kerana sekolah swasta aliran Agama masih mempunyai caj yuran munasabah dan tidak terlalu tinggi berbanding sekolah swasta konvensional. Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menilai sekolah mana yang menjadi pilihan mereka menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pelajaran terbaik.

Sistem pembelajaran kedua-dua sekolah juga telah melahirkan ramai golongan profesional seperti doktor, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang penting adalah negara ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda berkebolehan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Abby Abadi kongsi rahsia jalin hubungan baik bersama Norman, Memey

Selebriti Abby Abadi berasa simpati pada mereka yang pernah melalui pengalaman berpis4h terutama si ibu kerana terpaksa berusaha untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata dia percaya perpis4han bukan perkara yang bvruk biarpun meny4kitkan kerana ia salah satu ujian daripada Allah. “Saya simpati pada mereka yang pernah melalui perpis4han terutama isteri yang terpaksa hidup dengan anak-anak yang masih kecil.

 

 “Cumanya walaupun perpisahan itu meny4kitkan, saya percaya ia bukanlah perkara bvruk. Ia adalah salah satu ujian daripada banyaknya ujian Allah yang lain. Abby berkongsi tip untuk menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan.

“Tak lalui, kita tak kan pernah tahu betapa kuatnya kita. Dan yang lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas diuji, atau terus merosakkan lagi keadaan, pilihan di tangan kita,” katanya. Abby memberitahu perkara itu selepas menerima banyak pertanyaan bagaimana dia boleh

menjalinkan hubungan baik dengan Norman Hakim dan Memey Suhaiza selepas apa yang berlaku antara mereka. Menurut Abby, perlu ada usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan demi anak-anak dan paling utama jangan membvrukkan pasangan baru mereka.

Katanya, paling penting juga kena perbaiki segalanya, wajib belajar mengenali Allah dan membawa agama Islam bersama-sama. Keakraban hubungan keluarga Abby, Norman dan Memey dipuji warganet di laman sosial. “Usahalah untuk jalinkan hubungan baik dengan bekas

pasangan kita demi anak-anak, merendah diri, tak rugi apa pun. Paling utama, jangan bvrukkan pasangan barunya. “Cukup Allah sebagai penolong kita. Janganlah asyik bercerita kita ters3ksa, kita teraniaya dan sebagainya. Sy4it4n memang seronok kalau kita berg4duh sampai berm4sam muka.

“Kalau sampai berp4rang-par4ng, lagi dia suka. Jadi kawal, jangan kalah dengan dia. Paling hebat, perbaiki segalanya. Wajib kenal Allah dan bawalah Islam bersama. “Insya-Allah bila kenal Allah, segan dah kita nak meraih simpati orang dan tak kan kita berasa kita saja sempurna,” katanya.

Hubungan baik mereka menarik perhatian warganet di media sosial. Hubungan antara Abby, Norman dan Memey Suhaiza mendapat perhatian warganet di laman sosial apabila mereka seronok melihat keakraban mereka berdua biarpun sudah berpis4h.

Abby dan Norman berpisah pada 2008 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercer4i selepas 11 bulan berumah tangga. Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Sumber mstar

 

Foto : Instagram Abby Abadi

Sumber : Empire Media Network